StorywrAIter – Alat pembantu cerita ciptaan Bahasa Melayu

Kami di AI Singapura (AISG) ingin memperkenalkan StorywrAIter, aplikasi kecerdasan buatan (AI) yang dirancang khusus untuk mencipta cerita dalam Bahasa Melayu.

Apakah StorywrAIter dan bagaimana cara menggunakannya?

StorywrAIter merupakan suatu perisian AI yang dirancang khusus untuk membantu dalam mencipta cerita kanak-kanak dalam Bahasa Melayu. Melalui perisian ini, guru dan ibu bapa boleh berkolaborasi dengan pelajar atau anak mereka untuk membentuk idea cerita bersama. Proses ini dilakukan dengan menyediakan serangkaian pertanyaan panduan dan membantu mereka merangkaikan idea-idea mereka sehingga mereka dapat fokus pada penceritaan. Perisian ini memberikan bimbingan dalam proses penciptaan idea mereka, menawarkan saranan ketika mereka kehabisan idea, dan menghasilkan draf pertama. Pengguna kemudian dapat memperbaiki draf tersebut untuk menyelesaikan karya mereka.

Mengapa kami berfokus penciptaan cerita kanak-kanak dalam Bahasa Melayu?

Kebanyakan model bahasa besar (LLMs) dilatih menggunakan data dalam Bahasa Inggeris. Oleh kerana itu, kecekapan mereka kurang optimal dalam bahasa dengan sumber yang terbatas, seperti Bahasa Melayu. Dengan StorywrAIter, kami ingin menguji kemampuan model bahasa besar dalam bahasa-bahasa tersebut agar kami dapat mengenal pasti tempat-tempat yang perlu diperbaiki.

Kami hendak mulai dengan cerita kanak-kanak kerana mereka biasanya menggunakan bahasa dan tema yang mudah. Dengan StorywrAIter, kami ingin menerokai pertanyaan berikut: bolehkah model bahasa besar menulis cerita yang kedengaran natural dalam bahasa yang bersumber rendah? Bolehkah mereka memaparkan nuansa budaya?

Kami ingin menerokai soalan-soalan ini bersama anda serta berharap dapat menjelajahi pertanyaan-pertanyaan ini bersama anda.

Usaha kami berikutnya: Model bahasa besar untuk bahasa-bahasa Asia Tenggara

Alat ini adalah sebagian dari usaha kami untuk membuat produk AI yang boleh memberi manfaat kepada individu dan syarikat di Singapura. Kumpulan kami sedang berusaha untuk melatih sebuah model bahasa besar untuk bahasa-bahasa Asia Tenggara. Kami ingin membuat sebuah model yang berfungsi dengan baik dalam bahasa-bahasa Asia Tenggara dan memahami nuansa budaya Asia Tenggara.

Kami yakin bahawa teknologi ini mempunyai potensi untuk memberikan nilai yang bersignifikan di dalam organisasi-organisasi di rantauan kami, dan kami merancang untuk menyebarkan model ini secara percuma apabila kami telah selesai melatih dan mengujiinya.

Cubalah StorywrAIter hari ini dan berikan kami cadangan balik!

Kami mengundang anda untuk mencuba StorywrAIter dan memberikan cadangan balik untuk memperbaiki StorywrAIter. Berilah cadangan dan komen-komen anda ke products[at]aisingapore.org tentang pengalaman anda menggunakan produk ini, kualiti draf yang dihasilkan oleh kecerdasan buatan, dan sebagainya.

Kami juga berharap anda dapat menyebarkan StorywrAIter kepada saudara-saudara anda yang mungkin ditarik hati atau boleh dimanfaat dari produk kami!

Author